Thursday, 26 March 2015

Manusia Umpama Bateri?

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber Google


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi waktu untuk bernafas di muka bumi Allah yang Maha Kaya ini. Ok hari ini saya nak mengimbau kembali perbualan saya bersama seorang kawan beberapa hari lepas. Selepas bertanya khabar, saya teringat bahawa beliau pernah menghasilkan lagu sendiri bersama rakan-rakannya yang lain sekitar 1-2 tahun yang lepas. Diakui lagu pertama yang dihasilkannya itu sangat bagus. 

Kenapa saya kata bagus walaupun itu lagu pertamanya?

Sebab saya boleh rasa jiwa lagu itu sendiri. Berdasarkan lirik yang dicipta diadun bersama melodi yang bertenaga, maksud lagu tersebut sampai di hati saya. Lagu tersebut tajuknya " Impianku.. Bintang ". Lagu berunsurkan inspirasi dan dalam masa yang sama berunsur ketuhanan juga. Dua dalam satu. Seorang anak muda yang mahu mengejar impian dan dalam masa yang sama mahu memberi inspirasi kepada orang lain. Sukar mahu cari naskhah 2 dalam 1 seperti ini. 

Sama juga ketika saya mendengar lagu kedua yang dihasilkannya. Membuat lirik dan lagu itu umpama kita sedang bercerita pada orang tentang suara hati kita. Apa mesej yang kita nak sampaikan pada orang lain. Ketika itu juga tercipta satu ayat inspirasi SNMS perihal bateri ini. 

Bateri akan semakin lemah jika sering digunakan. Selepas kita cas bateri akan kembali penuh semula. Walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan, diakhirnya akan kembali kepada Maha Pencipta jua. Cuma ingat satu perkara, apa pun yang kita buat, kalau kita suka kita teruskan. Niat kita ikhlas Allah akan permudahkan jalan dan buka ruang seluasnya.

Saya cukup memahami apa yang beliau perjuangkan kerana saya juga anak seni. Bukan sekadar dengar lagu kosong, tapi lirik dan lagu itu dihayati sepenuh hati. Barulah roh atau jiwa itu dapat dirasai semua orang. Tak ramai orang yang mampu buat. Kita tak kuat tapi kita nak mereka kuat supaya kita bertambah kuat. Itu hebat!

#ayatinspirasiSNMS

No comments:

Post a Comment