Monday, 30 March 2015

Siapa Sebenarnya ISIS/ISIL?

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber Google

Apabila saya melewati page2 tertentu terutamanya apabila melibatkan isu Syria bergolak, hati rasa dup dap sahaja. Saya jadi sedikit runsing apabila tidak memahami bahasa2 ilmuwan tertentu yang diutarakan oleh sesetengah pengomen. Tapi dalam masa yang sama timbul sedikit rasa kagum apabila mereka mampu menghuraikan setiap satu istilah dengan baik sekali. Tersentak sedikit hati kerana saya tidak pernah ambil tahu langsung mengenainya sebelum ini walaupun ianya melibatkan saudara Muslim kita juga. Saya terkilan kerana tidak menyedari dan mempelajarinya lebih awal.. Definisi Syiah, Taqiyyah, Wahhabi, Khawarij, Takfiri dan lain2 lagi. Juga tak ketinggalan ulasan perihal Bashar Al-Assad dan generasi sebelumnya, perihal mufti Saudi, Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain. Paling hot sekarang isu ISIS / ISIL. Saya tak berani nak ulas perihal ISIS ni. Saya serahkan kepada yang LAYAK. Macam2 versi saya dah baca. Baik di pihak pro dan juga kontranya. Semakin dalam saya gali semakin rumit jadinya kerana pasti akan terkait dengan peperangan dan tampuk pemerintahan sebelumnya. Allahu. Saya kira sangat rumit jika dibandingkan dengan Palestine yang jelas2 mahu memerangi Zionis Yahudi yang ingkar dan kejam terhadap rakyat Palestine. Kita akan mudah terkeliru jika tidak fahami dari awal dan juga mudah tertipu dengan agenda propaganda pihak berkepentingan yang mudah memecahbelahkan Muslim kepada beberapa bahagian.

p/s : Paling saya takuti apabila melibatkan isu "Wahhabi, " Syiah " dan " Takfiri ". Sebagai seorang Muslim, kita wajib ambil tahu..

Thursday, 26 March 2015

Manusia Umpama Bateri?

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber Google


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi waktu untuk bernafas di muka bumi Allah yang Maha Kaya ini. Ok hari ini saya nak mengimbau kembali perbualan saya bersama seorang kawan beberapa hari lepas. Selepas bertanya khabar, saya teringat bahawa beliau pernah menghasilkan lagu sendiri bersama rakan-rakannya yang lain sekitar 1-2 tahun yang lepas. Diakui lagu pertama yang dihasilkannya itu sangat bagus. 

Kenapa saya kata bagus walaupun itu lagu pertamanya?

Sebab saya boleh rasa jiwa lagu itu sendiri. Berdasarkan lirik yang dicipta diadun bersama melodi yang bertenaga, maksud lagu tersebut sampai di hati saya. Lagu tersebut tajuknya " Impianku.. Bintang ". Lagu berunsurkan inspirasi dan dalam masa yang sama berunsur ketuhanan juga. Dua dalam satu. Seorang anak muda yang mahu mengejar impian dan dalam masa yang sama mahu memberi inspirasi kepada orang lain. Sukar mahu cari naskhah 2 dalam 1 seperti ini. 

Sama juga ketika saya mendengar lagu kedua yang dihasilkannya. Membuat lirik dan lagu itu umpama kita sedang bercerita pada orang tentang suara hati kita. Apa mesej yang kita nak sampaikan pada orang lain. Ketika itu juga tercipta satu ayat inspirasi SNMS perihal bateri ini. 

Bateri akan semakin lemah jika sering digunakan. Selepas kita cas bateri akan kembali penuh semula. Walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan, diakhirnya akan kembali kepada Maha Pencipta jua. Cuma ingat satu perkara, apa pun yang kita buat, kalau kita suka kita teruskan. Niat kita ikhlas Allah akan permudahkan jalan dan buka ruang seluasnya.

Saya cukup memahami apa yang beliau perjuangkan kerana saya juga anak seni. Bukan sekadar dengar lagu kosong, tapi lirik dan lagu itu dihayati sepenuh hati. Barulah roh atau jiwa itu dapat dirasai semua orang. Tak ramai orang yang mampu buat. Kita tak kuat tapi kita nak mereka kuat supaya kita bertambah kuat. Itu hebat!

#ayatinspirasiSNMS

Wednesday, 25 March 2015

Hanya Allah Tempat Meminta

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Sumber Gambar : Google


Hanya Allah Tempat Meminta



Selalunya ramai yang tak faham. Seorang dua je yang benar2 tahu dan benar2 faham.

Andaikan diri terperangkap di satu bilik gelap gelita. Tak nampak sebarang cahaya. Tak jumpa jalan keluarnya. Apa nak buat ni? Macam mana nak keluar dari sini? Nak minta tolong siapa? Tak ada sesiapa di situ. Seorang diri menangisi. Apakah aku sedang bermimpi?

Pejamkan mata dan tenangkan hati. Ingat Allah Maha Pencipta. Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Berdoa dan tawakal. InsyaAllah akan diberi petunjuk olehNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

p/s : Ujian itu sering datang dan pergi. Ambil hikmahnya. InsyaAllah jiwa akan tenang semula.

#ayatinspirasiSNMS

Blackout & Cahaya Lampu Suluh

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Sumber Gambar : Google

BLACKOUT & CAHAYA LAMPU SULUH



Apabila dalam terang, dia tak diperlukan sebab cahaya lampu sedia ada sangat menyerlah. Mampu menyinari segenap ruang. Tapi bila tiba2 blackout, semua mula mencari sumber cahaya lampu yang lain. Mujur ada seorang 'insan' membawa lampu suluh di celah-celah keriuhan lautan manusia. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa risau dan gementar.

Selang beberapa minit kemudian, lampu terang benderang kembali menyinari. Lantas cahaya lampu suluh tidak lagi kelihatan. Semuanya sudah kembali seperti biasa. Suka dan gembira.Tak sedar dalam diam mengusik hati satu dua insani yang mula menghargai dan mengerti erti CAHAYA yang sebenar. Mahu mencari si pemilik lampu suluh tersebut tapi tak jumpa kerana dia hanya akan muncul apabila khidmatnya diperlukan. Perlu tunggu blackout seterusnya untuk berjumpa dengan pemilik lampu suluh tersebut.

p/s : Kepuasan menjadi cahaya lampu suluh. Datang apabila benar-benar diperlukan kehadirannya. Senyap2 pergi apabila semuanya sudah kembali normal. 'Insan' ini benar-benar suka dan seronok membantu tanpa disedari akan kewujudannya.

#ayatinspirasiSNMS

Buku '25 Orang Pahlawan Islam Terbilang'

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah,masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan serba sedikit pengenalan Kisah 25 Orang Pahlawan Islam Terbilang yang berlaku baik ketika di zaman Rasulullah s.a.w dan juga yang berlaku di zaman kini. Kisah ini saya ambil dari sebuah buku yang ditulis oleh tuan Shafie Abdul Rahman dan buku yang saya maksudkan adalah seperti di bawah ini:


Sebab utama yang membuatkan saya tertarik dengan buku ini ialah melalui teknik penceritaan serta gaya bahasa yang digunakan oleh penulis itu sendiri. Begitu mudah difahami dan sesuai untuk dibaca oleh setiap peringkat usia. Kita sedia maklum bahawa nama yang digunakan ketika zaman Rasulullah agak panjang dan sukar untuk diingati. Bukan setakat nama sahaja,bahkan tahun berlakunya sesuatu peristiwa itu juga sukar untuk dihafal di minda kita jua. Memandangkan buku ini menggunakan teknik penceritaan yang santai,maka para pembaca juga tidak akan berasa tertekan untuk mengulangi pembacaan serta akan cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis biarpun terpaksa mengulang lebih daripada tiga kali. MasyaAllah!

Sinopsis oleh tuan Shafie Abdul Rahman dalam bukunya: 
Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad s.a.w,bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri,demi menegakkan Allah s.w.t.di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi Al-Quran,yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah s.a.w,agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah,Mus'ab bin Umair,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad bin Abi Waqqas,Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani kehidupan sebagai Muslim sejati,mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkan diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi,bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga paparan suka duka perjuangan pahlawan Islam yang dipaparkan di dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kini dalam mempertahankan kesucian agama Islam. InsyaAllah.

Senarai nama 25 Pahlawan Islam yang diceritakan di dalam buku di atas ialah:
1) Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib
2) Mus'ab bin Umair
3) Jaafar bin Abi Talib
4) Zaid bin Harithah
5) Qaqa' bin Amru
6) Nukman bin Al-Muqarrin
7) Saad bin Abi Waqqas
8) Abu Ubaidah Al-Jarrah
9) Khalid bin Al-Walid
10) Amru Ibnu Al-Aas
11) Musa bin Nusair
12) Tariq bin Ziyad
13) Abdul Rahman Al-Ghafiqi
14) Yusuf Ibnu Tashfin
15) Salahuddin Al-Ayyubi
16) Sultan Bayazid
17) Timurlane
18) Sultan Muhammad Al-Fateh
19) Khairuddin Barbarossa
20) Syeikh Yusuf Makassar
21) Sultan Hasanuddin Makassar
22) Raja Haji Pulau Penyengat
23) Ahmad Shah Abdali
24) Omar Mukhtar
25) Syeikh Ahmad Yassin