Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dengan izinNya akhirnya blog ini telah terhasil dan bakal menjadi medan perkongsian mengenai setiap buku yang telah saya baca untuk tatapan pembaca semua. Saya sangat suka membaca. Buku pilihan utama saya ialah travelog kehidupan, motivasi, inspirasi, bisnes, keagamaan dan banyak lagi. Tak terhad kepada satu jenis bentuk pembacaan sahaja. Pernah berhasrat mahu memiliki perpustakaan mini di rumah. Setakat ini masih belum dapat direalisasikan lagi dek kerana ruang dalam rumah yang agak terhad. Lagipun saya masih bujang dan masih lagi duduk bersama keluarga. InsyaAllah, mungkin selepas sudah berumahtangga saya akan realisasikan. Aamiin. Mohon doanya ya.
Dalam blog ini akan saya kongsikan sinopsis untuk setiap bahan bacaan yang telah saya baca. Agak banyak juga koleksi buku di tangan saya. Mungkin lahir daripada keluarga yang suka membeli dan mengumpul bahan bacaan membuatkan saya sedikit banyak terikut sama.
Sinopsis koleksi buku menjadi bahan utama saya. Tetapi bukan itu sahaja yang ada di blog saya ini. Selain daripada membaca, Saya gemar mengarang sajak, cerpen dan lain-lain. InsyaAllah, untuk gambaran lebih jelas akan saya coretkan dari semasa ke semasa.
Sekian dulu coretan daripada saya. Semoga Laman Kongsi Ilmu ini memberi 1001 manfaat kepada para pembaca semua. :)
No comments:
Post a Comment