Wednesday, 25 March 2015

Buku 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Permasalahan Isu Semasa'

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Alhamdulillah, pada tarikh 25/3/2015 jam 1.32,saya masih diberi sekali lagi peluang oleh Allah untuk terus menulis dan memberi info bermanfaat khusus buat semua pembaca yang disayangi sekalian. Hari ini,saya berminat untuk mengulas satu buah buku yang menjadi kesukaan ramai pembaca di luar sana termasuk diri saya juga. Anda pasti teruja dan tidak akan menyesal selepas memilikinya. Buku yang saya maksudkan ialah:



Buku ini menjadi pilihan hati saya kerana saya juga merupakan salah satu peminat serta pendengar setia setiap ceramah yang dikendalikan oleh beliau melalui laman sosial seperti di Facebook dan Youtube.Sekalipun masih belum berkesempatan untuk menghadiri ceramah beliau secara live,tetapi saya yakin satu hari nanti saya akan berpeluang juga untuk menyaksikan beliau menyampaikan ilmu yang pastinya mampu menyentuh serta menyentap tangkai hati setiap orang yang mendengarnya. Pendekatan dakwah yang digunakan oleh beliau lebih menjurus kepada membawa serta menuntun kembali anak muda yang ingin kembali kepada jalan Islam,ingin menjadi seseorang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara serta ingin berhijrah peribadi diri daripada yang buruk kepada yang baik semata-mata. Walaupun ramai yang mencela peribadi beliau yang bagi mereka terlalu kasar,tetapi pada pendapat saya secara peribadinya,saya suka dengan pendekatan yang dibawa oleh beliau yang tidak pernah putus asa mencuba untuk selami dan fahami jiwa anak muda masa kini. Lantang apabila bersuara,ringkas dalam memberi jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan tetapi cukup mudah bagi kami untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Hasilnya,ramai yang telah berhijrah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik. Saya juga tidak terkecuali di dalam kelopok anak muda itu. Alhamdulillah. Masa lampau hanya tinggal kenangan dan masa sekarang adalah kehidupan baru yang akan dilakar oleh anak muda sang pendamba ilmu demi mencapai kejayaan dan keberkatan hidup seimbang duniawi dan ukhrawi jua. 

Sinopsis oleh Editor dalam buku tersebut:
Islam menuntut seseorang beriman kepada Allah dala melaksanakan tuntutanNya. Dalam melaksanakan tuntutannya,pasti ada perkara yang jarang dihadapi tetapi berlaku dalam kehidupan. Apabila merujuk dalam kitab-kitab agama,ada yang memfokuskan sebahagian persoalan dan meninggalkan persoalan yang lain. Ada juga petunjuk daripada Al-Quran dan Al-Hadith tetapi perlaksanaan masih terlalu samar.

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Permasalahan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan yang rumit serta mencabar pemikiran seseorang untuk menjawabnya. Soalan ini dihimpun hasil soal jawab orang ramai kepada Ustaz Azhar Idrus.

Azhar Idrus terkenal sebagai tokoh agamawan yang aktif mengajar agama di banyak tempat di Malaysia. Dikenali sebagai seorang ustaz yang berpewatakan selamba,humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja.

Isi kandungan utama yang terdapat di dalam buku ini:
1) Taharah
2) Wuduk
3) Solat
4) Puasa
5) Zakat
6) Haji Dan Umrah
7) Aurat
8) Jual Beli
9) Nikah dan Kahwin
10) Al-Quran dan Hadis
11) Halal dan Haram
12) Isu Semasa

No comments:

Post a Comment